Saturday, 28 July 2012

Kau kurindu lagi

Tiada yang mampu dilakukan
andai bayangmu mula mengetuk fikiran
menghantui segenap penjuru akal
menjerat hati dalam kerinduan.


Malam ditemani gerhana bulan diiringi hujan
momen bersama menerjah ingatan
indah sungguh saat sebelum kau tinggalkan aku sendirian
kini terkapai aku
dihentam badai rindu yang menyesakkan.

kanvas hati menari melakar rasa jiwa


Pergi kau tanpa sepatah kata
mencarik hati yang sedang gembira
habis parah luka jiwa
menitis manik jernih saat terkenangkannya.


Tiada apa yang mahu kuucapkan
selain menyatakan kerinduan yang memuncak
agar kau faham rasa di hati
moga dapat kau hargai.



huahua jiwang :p