Tuesday, 15 November 2011

Ukhwah Selamanya Kerana Allah

Puisi [Aku Bukan Sahabatmu]

Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan sikap burukmu

takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku

tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan

aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian

takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetap kau sahabatku.



MillionsCredits To [Hilal Asyraf]